Wednesday, September 2, 2009

**TuDuNG..??**

Fenomena bertudung bukan petanda penghayatan Islam makin menyeluruh?

Di awal 90-an, bilangan wanita bertudung mulai bertambah ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dengan muslimah yang menutup aurat, di kilang, sekolah, stesen bas, pejabat, pasar, universiti, malah beberapa orang pengacara televisyen dan personaliti radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah!

Tetapi apa yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tengan dengan teman lelaki, di panggung wayang ... atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make-up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen disesuaikan dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pemakaian tudung itu tidak sempurna mengikut syariat.Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan mahu terbuka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau yang membuka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak menunaikan solat. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sekadar fesyen atau terpaksa memakainya kerana mengikut peraturan atau trend.

Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk kepit berpasangan, malu untuk ke tempat hiburan, atau pendek kata malu untuk melakukan perbuatan mungkar.

Tetapi kini bertudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung kerana terikut-ikut dengan suasana.

Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima budaya wanita memakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila melihat wanita lain memakai tudung nampak lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung.

Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung semacam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun.

Sudah tidak "semahal" wanita yang bertudung awal- awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah kini sama dengan wanita yang bertudung dulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan, kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yngg dibuat bukan dari hati yang ikhlas, walaupun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang memakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengn Allah walaupun di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.

Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan didedahkan oleh Allah.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Ya Rasulullah, dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" Jawab Nabi s.a.w: "Jangan menipu Allah."Orang itu bertanya lagi: "Bagaimana menipu Allah?" Jawab baginda: "Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

2 comments:

nurkasih said...

Bg pandangan ana la kan, isu2 seperti tudung, gejala sosial, dan tidak menutup aurat yg melanda kaum Hawa kita pd hari ini, terus terang ana ckp, ana salahkan kaum Adam.

Mengapa ana kate begitu?

Sbb, seperti mane yg kita sedia maklum, kaum Hawa ini mempunyai 9 nafsu dan 1 akal, manakala bg kaum Adam pula, ia mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. And supposely, tugas dan tanggungjawab sbg kaum Adam ini adalah utk membimbing, melindungi, serta membela kaum Hawa, bukannya utk mengambil kesempatan terhadapnya, seperti yg terjadi pd masyarakat kita pd hari ini.

Ana ambil satu contoh la, pasangan remaja yg belum bernikah, yg keluar berdua2an di taman2 atau yg sebaliknya, kaum Adam seharusnya mengetahui kesan dan akibat drpd keluar dgn pasangannya itu, ini kerana syaitan ade di mane2! tambah2 lg apabila berdua2an. Ini tidak, keluar sambil berpegangan tangan la, dan ade yg lebih daripada itu pun. Ke mana letaknya 9 akal yg Allah kurniakan kpd kita wahai kaum Adam sekalian?

Bimbinglah mereka, lindungilah mereka, dan belalah nasib mereka, kerana mereka amat memerlukan kita utk menjalani kehidupan ini yg penuh dgn pancaroba, utk menuju ke syurga yg kekal abadi, amin.

nurkasih said...

Tp ana juga tidak salahkan kaum Adam 100%!

Peranan kaum Hawa juga adalah sgt penting bg membendung masalah gejala sosial ini.

Ape yg ana maksudkan ialah....

Pesanan buat kaum Hawa, tutuplah auratmu semasa keluar dr rumah!

Ini kerana kaum Adam amat lemah di dlm menjaga matanya, dan kelemahan kaum Adam adalah terletak pd renungan matanya, kerana ini adalah salah satu drpd panahan syaitan.

Justeru itu, kaum Hawa haruslah sentiasa menutupi auratnya dgn penuh keimanan, agar apabila kaum Adam melihatmu nnt, dia akan terus bertasbih memuji Allah krn kecantikan perhiasan duniawi yg penuh dgn keimanan itu.

Amalkanlah konsep dua "T", yakni "Tutup" dan "Tunduk".

Kaum Hawa haruslah sentiasa "Tutup", manakala kaum Adam haruslah juga sentiasa "Tunduk", agar tidak diberikan peluang langsung kpd syaitan utk menghasut anak cucu Adam ini.

Sama2lah kita bantu membantu di dlm menangani isu2 gejala sosial ini.

Marilah kita hidup di atas muka bumi ini dgn penuh keimanan, kerana hasilnya akan mendapat ketenangan yg berpanjangan...