Saturday, October 17, 2009

**SaMPai sYuRGa..**

Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.

Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.

Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.

Luar biasa…
Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?
Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?
Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]
Itulah realitinya.
Bahawa biar sehangat mana pun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.
Mengapa cinta menjadi permusuhan?
Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?
Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.
Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.
Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.
Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan.

Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.

Kecuali manusia bertaqwa.

Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu? Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.

Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.
Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.
“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.
“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan air mata.
Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.
“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.
“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangkan lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk.
“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.
“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan. Kecuali sebuah penceraian…

Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.
Itulah yang banyak berlaku hari ini.
Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.
Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.

Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.
Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati…
Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.

Thursday, October 8, 2009

**IsU PeNDiDiKaN AnAK-AnAk**


Menurut ajaran Islam anak adalah amanah Allah yang dikurniakan kepada ibubapa. Ia juga merupakan cahayamata yang sangat diingini dan dikehendaki oleh sesebuah keluarga terutama dalam meneruskan bakti terhadap agama, bangsa dan negara, dan juga untuk memikul tanggungjawab menjaga dan memimpin keluarga terutama apabila ibubapa sudah berada di peringkat umur yang tua.

Islam meletakkan tanggungjawab ke atas ibubapa untuk memelihara anak-anak dengan sempurna termasuklah makan minum, pakaian, tempat tinggal; malah memberi pendidikan dan memperkuatkan iman serta akhlak yang mulia. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Ajarlah anak kamu tiga perkara: Mencintai Nabi kamu, mencintai kaum keluarganya dan membaca Al-Quran".

Islam menjelaskan tanggungjawab ibubapa kepada anak-anak dan juga memberi penghargaan yang tinggi dan meletakkan kedudukan ibubapa begitu mulia. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra' ayat 23 & 24 yang bermaksud:

"Dan Tuhan telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun berkata "Ha" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".

Oleh itu penggunaan teknik komunikasi yang berkesan adalah penting untuk membina keluarga bahagia. Setelah anak-anak kita diberi pendidikan Islam dan mengenal Allah secukupnya, mereka hendaklah diajar tentang tatasusila pergaulan dan berkomunikasi dengan orang lain.

Sebenarnya, pergaulan atau cara berkomunikasi itu bermula dari rumah dan buruk atau baik pergaulan itu adalah bergantung kepada pergaulan dan cara berkomunikasi yang ditunjukkan oleh para ibubapa ketika di rumah. Ini kerana anak-anak akan mencontohi pola-pola pergaulan dari ibubapa ketika mereka berinteraksi sesama mereka. Dalam Islam, pergaulan anak-anak dengan Allah mestilah diajar lebih awal. Maka itu, Rasulullah (s.a.w) telah menceritakan kepada ibubapa supaya menyuruh anak-anak mereka mendirikan solat ketika berusia seawal tujuh tahun dan sekiranya mereka ingkar hendaklah dipukul secara wajar sebagaimana menurut sebuah hadis baginda, riwayat oleh al Hakim dan Abu Daud bermaksud:

`...suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia tujuh tahun. Pukullah mereka jika mereka masih engkar setelah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka....'

Selain dari itu, pergaulan sesama adik-beradik juga hendaklah sentiasa diawasi supaya perilaku yang mencemar nama baik keluarga tidak berlaku. Batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan perlulah dijelaskan kepada mereka. Maka itu, Rasulullah (s.a.w.) telah memerintahkan agar anak-anak itu diasingkan tempat tidur mereka antara lelaki dengan perempuan dan dari para ibubapa mereka sendiri sebagaimana menurut hadis di atas kerana ini mempunyai implikasi moral yang amat besar sekali dalam kehidupan mereka.

Dalam mengasuh dan mendidik anak lelaki perlu menggunakan pendekatan yang berbeza daripada pendekatan yang digunakan apabila mendidik anak perempuan, sementara amalan pilih kasih dan melebihkan seorang anak dari seorang anak yang lain pula perlu dihindarkan. Oleh itu, perkara utama yang perlu diingat apabila hendak mewujudkan kemesraan dan komunikasi yang amat baik sesama ahli keluarga ialah bahawa para ibubapa hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang, belas dan mesra kepada anak-anak dan berlaku adil kepada mereka. Islam sendiri telah memberikan panduan dan tunjuk ajar yang serba lengkap dalam pendidikan anak-anak. Islam menganggap bahawa anak-anak adalah satu anugerah Allah yang paling berharga dan perlu dipelihara sebaiknya. Islam sendiri telah menganjurkan supaya setiap anak yang lahir itu diberi kasih sayang dan pendidikan Islam yang secukupnya.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab para ibubapa untuk mendidik dan mencorak anak-anak mereka supaya menjadi seorang insan yang benar-benar bertakwa kepada Allah. Ini bertepatan sekali dengan sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud

`setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci lagi bersih), maka para ibubapalah yang mencorakkan mereka sama ada menjadi seorang Majusi atau Nasrani'.

Rasulullah (s.a.w.) merupakan contoh yang terbaik dan paling hampir dengan umat Islam untuk diteladani cara gaya Baginda ketika berinteraksi dengan anak-anak kecil. Baginda sentiasa menunjukkan rasa belas dan kasih sayang terhadap anak- anak. Pernah pada suatu masa, ketika Baginda sedang sujud dalam solat, dua orang cucunya, Hasan dan Husin naik dan bermain-main di atas belakang Baginda. Menyedari perkara ini, Baginda telah memanjangkan tempoh sujud sehingga kedua-dua anak itu selesai bermain. Baginda juga pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bermaksud

`...barangsiapa yang tidak mengasihi, nescaya tidak akan dikasihi oleh orang lain...'

Ada keluarga-keluarga pada hari ini sedang menghadapi suatu dilema di mana hubungan kekeluargaan, tahap kasih sayang dan kemesraan kian merosot sehingga mengakibatkan terlerainya kemesraan antara ibubapa dan anak-anak. Gejala kurangnya kemesraan antara ibubapa dan anak-anak boleh menjejaskan keadaan masyarakat.

**Ku, KaU BeRBeZa TeTaPi..iStiMeWa**

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN?

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

**SiaPaKaH AnDa..??**

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambilberkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

**IsU NeGaRa IsLaM**

SOROTAN SEJARAH ISLAM dan “NEGARA ISLAM” DI MALAYSIA

Sebelum Islam sampai ke Tanah Melayu, Melaka berada di bawah pengaruh Sriwijaya dan kemudian Majapahit. Menurut para ahli sejarah Malaysia, Islam sampai ke semenanjung ini sebelum abad ke-12. Ini berbeza dengan pendapat para penulis Barat yang menyatakan bahawa Islam bersinar di semenanjung sekitar abad ke-13 atau 14. Penelitian dibuat berdasarkan pada mata wang dinar emas yang ditemui di Kelantan tahun 1914 yang bertulis "Al-Julus Kelantan" dan angka Arab 577 H yang bersamaan dengan tahun 1181 M pada satu bahagian; dan pada bahagian sebelahnya bertulis "Al-Mutawakkil", iaitulah gelaran pemerintahan Kelantan pada masa itu. Malahan batu nisan tua bertulis Arab ditemukan di Kedah tahun 1963 pada makam Syeikh Abdul Kadir bin Syeikh Husin Shah Alam (w. 291 H). Kesemua ini menunjukkan bahawa abad ke 9 merupakan awal perkembangan Islam di kawasan Selat Melaka dan kawasan-kawasan yang menghadap ke Laut Cina Selatan, sebagaimana diakui Dinasti Sung (960-1279), bahawa masyarakat Islam telah tumbuh di sepanjang pantai Laut Cina Selatan.

Perkembangan Islam dan proses Islamisasi berlangsung melalui jalur perdagangan atas peranan para pedagang muslim dan mubaligh dari Arab dan Gujarat, para da’i setempat dan penguasa Islam. Sejak awal abad ke-7 Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara merupakan jalur perdagangan utama antara Asia Barat dan Timur Jauh serta kepulauan rempah-rempah Maluku. Semenanjung Tanah Melayu tidak dapat dipisahkan dari gugusan pulau-pulau Nusantara. Bila saudagar-saudagar Arab dan lainnya singgah di pelabuhan-pelabuhan Nusantara, mereka juga singgah di pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung.
Proses perkembangan Islam terus berjalan baik dan kemudiannya membentuk komuniti-komuniti Islam serta melahirkan pusat-pusat pemerintahan Islam. Kerajaan Islam pertama di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kerajaan Islam Kelantan (pertengahan abad ke-12).
Ini dapat dilihat pada batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang (Terengganu) yang bertarikh 702 Hijrah, di mana tulisan bahasa Melayu huruf Arab tentang hukum syara' yang wajib dipatuhi oleh rakyat di Kerajaan Islam Terengganu pada abad ke-8 H. (abad ke-14 M), antara lain menyatakan: “Wajib di atas Muslimin patuh kepada undang-undang Tuhan karena ia adalah perintah-perintah Allah yang berkuasa lagi mulia dan mengeluarkan hukum-hukum seperti ini wajib di atas sekalian raja-raja Muslimin untuk kebaikan negeri-negeri mereka. “ Negeri Kelantan di kenali sebagai “Serambi Mekah.” Manakala Terengganu pada abad ke-14 menjadi pusat penyebaran Islam di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu dan sampai sekarang disebut "Darul Iman" (Negeri Iman).
Kerajaan Islam terkuat dan berpengaruh besar dalam menyebarkan Islam di Malaysia adalah Kerajaan Islam Melaka yang berdiri pada awal abad ke-15. Menurut Sejarah Melayu, rajanya yang pertama iaitu Parameswara Iskandar Syah, yang memeluk Islam tahun 1414 dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Sultan ini dan iparnya Pangeran Abdul Malik Syah bertanggungjawab dalam menyebarkan Islam. Penguasa pertama Pahang adalah putera sultan Melaka. Melakalah yang mengislamkan Kedah, Patani (kini menjadi wilayah di Thailand) dan Kelantan. Demikian juga Rokan, Kampar, Siak dan Inderagiri di Sumatera, semuanya menerima Islam dalam kedudukannya sebagai wilayah kekuasaan Melaka pada abad ke-15.
Hal ini menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan kubu keimanan Islam. Kerajaan ini juga dicatat sebagai kerajaan pertama di Malaysia yang memiliki undang-undang tertulis yang disebut Undang-Undang Melaka. Menurut Prof. Ahmad Ibrahim (guru besar hukum di Universiti Islam Internasional Malaysia, Kuala Lumpur), "Di negeri-negeri Melayu sebelum masuknya pengaruh kerajaan British, undang-undang asas atau undang-undang negeri ialah undang-undang Islam bersama adat Melayu." Melaka, ibu kota Kerajaan Melaka, dikuasai Portugis (1511-1641), kemudian Belanda (1641- 1795) dan sejak 1795 diperintah oleh British. Menjelang akhir abad ke-19, British juga menduduki wilayah-wilayah lain di Semenanjung.. Meskipun demikian, Islam tetap berkembang. Sepanjang penjajahan British, wujud institusi pendidikan, samada yang tradisional yang dikenali sebagai "pondok" atau pun yang moden, seperti Ma'had Mahmud (Kedah), al-Ma'had al-Muhammadi (Kelantan), Madrasah al-Sultan Zainal Abidin (Terengganu), Ma'had Johor (Johor), Kulliah al-Lugah wa ad-Din (Pahang) dan Kolej Islam (Selangor).
Setelah pendudukan Jepun (1941-1942), pihak British membentuk Malayan Union (1 April 1946) yang kemudiannya bertukar kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Seterusnya pada 31 Ogos 1957 Malaya memperoleh kemerdekaan dari British dan Islam ditetapkan sebagai agama rasmi. Pada16 September 1963 lahirlah pula Persekutuan Malaysia. Singapura menjadi anggota Persekutuan, tetapi memisahkan diri dan menjadi negara berdaulat penuh pada tahun 1965.
Di awal tahun 1980-an, Islam di Malaysia mengalami satu proses kebangkitan yang dapat dilihat dengan bersemaraknya kegiatan dakwah di semua peringkat, samada di pejabat, di padang bola, kilang, surau atau masjid. Oleh kerana kadar literasi sudah mulai meningkat, didapati semakin ramai orang Islam yang sudah boleh membaca dan memahami kandungan al-Qur’an yang boleh didapati terjemahannya dalam bahasa Melayu pada pertengahan 1970an. Malah terjemahan buku-buku mengenai Islam, gerakan Islam, dan kisah-kisah suka duka umat Islam di negara umat Islam oleh golongan intelek yang kembali dari timur tengah telah berjaya memperkayakan maklumat umat Islam untuk mendorong mereka mencetuskan satu proses tajdid yang panjang di Malaysia.
Berdasarkan kepada soroton sejarah secara ringkas ini, jelas menunjukkan bahawa “negara Islam” pernah wujud di Malaysia. Negara Islam yang dimaksudkan bukan sahaja pelaksanaan hukum hudud, tetapi merangkumi penghayatan Islam dalam urusan harian. Jika kita meneliti sorotan sejarah Islam di Malaysia, kita akan dapati bahawa perkataan “negara Islam” tidaklah menjadi sebutan yang popular pada masa lalu. Perkataan”negara Islam” dipopularkan kemudian oleh para alim ulama dan pimpinan gerakan Islam. Tetapi apa yang jelas ialah tercatat dalam sejarah di mana ada masyarakat, wilayah, negeri, dan negara yang melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran cara Islam. Ini sudah cukup untuk melabelkan masyarakat, wilayah, negeri, dan negara berkenaan sebagai “negara Islam.”

**TuJuAN PoLiTiK MeNuRuT IsLaM**

Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam. Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.

Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia.menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut.
Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam.
  • Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam
  • Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih
  • Menjaga keamanan daerah daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai
  • Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak hak manusia
  • Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar
  • Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam
  • Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara'
  • Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir
  • Mengangkat pegawai pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara
  • Menjalankan pengaualan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hat ehwal amam demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din.

Tuesday, October 6, 2009

**MeRaWaT KeKeCeWaaN**

EKSPRESI cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah.
Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan. Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi. Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.

Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.
Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya. Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.
* Latih minda melupakan kenangan pahit *
Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan. Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan. Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.
 Buang sikap risau
Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan. Sentiasa mengingati Allah SWT.
 Belajar bersyukur
Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada keluarga yang memahami. Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
 Belajar jadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu. Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
 Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.
 Hati mesti 'keras'
Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah SWT menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu. Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.

Monday, October 5, 2009

**SKoLiOSiS..??**

Pengenalan
Tulang belakang membantu menyokong badan berkedudukan tegak.
Setiap orang mempunyai bengkokkan semula jadi di mana sedikit daripada bengkokkan itu diperlukan untuk mengimbangi kedudukan badan, bergerak dan berjalan dengan sempurna.
Apakah skoliosis?
Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.
Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud 'bengkok'.
Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.
Siapakah yang menghidap skoliosis?
Kanak-kanak
'Infantile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:
Kecacatan sejak lahir
Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
Kecederaan
Jangkitan
Ketumbuhan
'Juvenile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 - 10 tahun. Ia jarang berlaku.
Remaja
'Adolescent idopathic scoliosis' - skoliosis yang tidak di ketahui puncanya.
Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.
Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal.
Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat.
Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.
Faktor keturunan
Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%.
Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Punca-punca skoliosis
-Kebanyakannya tidak di ketahui.
-Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital.
Ia tidak berpunca dari:
-Duduk membongkok
-Duduk dalam keadaan janggal
-Tidur di atas tilam lama atau nipis
Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.
Gejala-gejala
-Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia.
-Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat.
-Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan.
Tanda - tanda lain termasuk:
-Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
-Penonjolan tulang bahu
-Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
-Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
-Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
-Baju yang dipakai kelihatan senget
Jika dibiarkan tanpa rawatan:

Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan:
-Sakit belakang yang berpanjangan
-Kecacatan bentuk badan
-Kesukaran bernafas

Rawatan

Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna.
Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang belakang tidak menjadi teruk
Pesakit akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan
Peralatan khas untuk menyokong tulang belakang ("Bracing")
Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok
Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai

Pembedahan
Akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk
Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk
Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut
Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai "braces" badan hari ke-2 atau ke-3
Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa
Bersukan dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan

Petua-petua untuk ibu bapa mengesan skoliosis di peringkat awal:

Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya ("idiopathic scoliosis") selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal. Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas.

Tanda - tanda yang dapat dilihat pada anak anda:
-Bahu kelihatan tidak sama tinggi
-Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
-Pinggang kelihatan senget sebelah
-Pinggul kelihatan tinggi sebelah
-Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja
-Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.

**aSaS M'BeNTuK ReMaJa B'AkHLaK MuLiA**

ZAMAN remaja adalah masa peralihan yang menghubungkan antara alam kanak-kanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang. Corak peralihan pelbagai akan membawa pelbagai pengaruh kepada individu yang mengalaminya. Setiap remaja sewajarnya diasuh untuk mempersiapkan dirinya sebagai khalifah Allah.
Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai dalam diri seorang remaja sejak awal lagi supaya mereka berjaya dan maju sebagai generasi cemerlang dan diberkati.
Jika pembentukan remaja tidak berlaku dengan sempurna, maka pembangunan negara akan terjejas kerana golongan remajalah bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Riwayat Bukhari).
Ketika ini, masalah sosial di kalangan remaja amat membimbangkan. Boleh dikatakan keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan pembangunan negara.
Ini dapat dilihat melalui pembangunan yang hampir ke kemuncaknya, akhlak remaja juga kian jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi.
Antara masalah sosial yang sering dilakukan remaja pada hari ini ialah seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi, penagihan atau pengedaran dadah, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram dan sebagainya. Sesungguhnya, masalah sosial remaja pada hari ini disebabkan beberapa faktor.
Antaranya persekitaran berubah secara mendadak terutama pengaruh media cetak dan elektronik yang saban hari memaparkan mengenai eksploitasi terhadap wanita serta kebebasan remaja yang keterlaluan dan banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama yang baru meningkat remaja.
Selain itu, faktor kurangnya didikan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa, perasaan mahu mencuba serta desakan atau pengaruh daripada rakan sebaya.
Sebenarnya, masalah remaja adalah masalah kita bersama. Oleh itu gandingan yang mantap dan kerjasama erat antara ibu bapa, guru, rakan sebaya dan anggota masyarakat amat diperlukan dalam menangani masalah remaja.
1. Peranan Ibu bapa
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-Tahrim ayat 6).
Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita. Didikan awal kepada anak-anak amat mustahak dalam kita merencanakan masa depan hidup mereka kerana mengabaikannya bererti akan merosakkan ahli masyarakat seluruhnya.
Antara panduan keibubapaan yang digariskan Islam ialah: -
*Ibu bapa menjadi model yang salih dengan menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Ibu bapa salih adalah model terbaik untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Didik dan biasakanlah anak-anak dengan tingkah laku dan kegiatan yang baik sejak anak kecil.
*Mendisiplinkan anak dengan kasih sayang bukan kekerasan kerana ini akan menjadikan mereka berasa senang hati dan gembira untuk melakukan sesuatu perkara positif. Anak juga perlu dilatih membuat kebajikan dan pada masa yang sama menerima ganjaran atau pujian.
*Memenuhi masa lapang bersama anak seperti sembahyang berjemaah, makan, membaca al-Quran dan bersukan. Hubungan akrab ibu bapa dan anak akan memudahkan anak taat perintah ibu bapa kerana sudah wujud perasaan saling hormat antara satu sama lain.
*Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Simbol atau isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak. Kemahiran ini perlu dipelajari ibu bapa dari semasa ke semasa.
*Kesabaran juga amat perlu dalam diri ibu bapa kerana tiap-tiap anak walaupun dalam satu keluarga, mempunyai personaliti yang unik dan berbeza antara satu sama lain.
2. Peranan Guru
Dalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas pendidikan dilakukan Rasulullah. Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan."
Dalam hal ini, antara fungsi penting guru ialah: -
*Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku guru hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi ikutan.
*Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga.
*Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan sebagai 'role model' kepada pelajar.
*Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak yang sebenar-benarnya.
*Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan Rabbani.
3. Peranan Rakan Sebaya
Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima.
Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.
Oleh itu adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa.
4. Peranan Anggota Masyarakat
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai." - (Surah Ali Imran, ayat 103).
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain." - (Riwayat at-Tabarani).
Ayat ini menjelaskan bahawa kerjasama anggota masyarakat amat penting untuk menciptakan lingkungan yang baik bagi perkembangan dan pertumbuhan remaja yang sihat.
Antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat setempat ialah:-
*Mewujudkan sebuah organisasi belia remaja yang dapat menentukan peranan mereka dalam pelbagai bidang sebagai persediaan menentukan corak pembangunan negara pada masa akan datang.
*Mengaktifkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk melatih belia remaja aktif dalam berpersatuan. Ia adalah jambatan yang menghubungkan mereka secara langsung dengan masyarakat, sekali gus menghindarkan mereka dari melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah.
*Wujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ahli dalam sesuatu kariah melalui kegiatan gotong-royong dan seumpamanya supaya anggota masyarakat setempat dapat saling mengenali antara satu sama lain serta dapat mewujudkan perasaan mengasihi anak jiran seperti mana dia mengasihi anaknya sendiri.
*Memartabatkan seluruh institusi keagamaan Islam (mahkamah atau perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badan dakwah dan NGO lain) supaya peranan dan fungsi institusi berkaitan dapat direalisasikan dengan berkesan.
*Menggesa sektor pekerjaan sama ada kerajaan, swasta atau korporat untuk menzahirkan budaya kerja dan budaya hidup sihat di kalangan pekerja mereka.
Ia boleh dilakukan dengan mengambil kira faktor seperti penjadualan, kegiatan kekeluargaan, hari kelepasan dan lain-lain. Walaupun usaha pelbagai pihak diperlukan bagi membendung gejala sosial di kalangan remaja, sesuatu yang pasti ialah memohon pertolongan dan petunjuk daripada Allah.
Ini kerana hidayah Allah juga faktor terpenting mempengaruhi pemulihan dan kemurnian akhlak seseorang. Nabi Nuh gagal memujuk isteri dan anaknya memeluk Islam. Begitu juga Rasulullah gagal memujuk bapa saudaranya, Abu Talib kembali ke pangkuan Islam.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasih (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jua yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." - (Surah Al-Qasas, ayat 56).

Wednesday, September 30, 2009

**SuMaYYaH BiNTi KhaBaB**

Sumayyah binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar. Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah.

Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam. Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga
  • Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
  • Rumah mereka dibakar
  • Dicucuk dengan besi panas
  • Ditikam dengan lembing
  • Dicungkil biji mata
  • Dibenam ke dalam air

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumayyah_binti_Khabbab"

**KHaDiJaH RA: WaNiTa Di SiSi RaSuLuLLaH SaW**

"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan ... darinyalah aku mendapatkan keturunan."

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang kepribadian Khadijjah, istrinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.
Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justru jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan.
Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.
KESETIAAN YANG BERSEJARAH
Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira. Sekembalinya ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta, Aku berasa khuatir terhadap diriku. Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah.

Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita berlaku demikian?
Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas-tugas suaminya. Hal ini jelas menunjukkan beliau merupakan wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan kepada Rasulullah SAW sepanjang kehidupan mereka bersama. Oleh itu, kita perlu berdoa semoga Allah memberi kita kekuatan untuk membantu menguatkan semangat jihad golongan lelaki yang seangkatan dengan kita.
KESETIAAN YANG MENDORONG KEGIGIHAN
Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.
Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyu bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang bermaksud:

Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl: 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang saleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Wahai muslimah, sekarang adalah masa untuk kita hidupkan kembali hakikat ini dalam kehidupan kita. Semoga kekuatan Islam akan kembali mentadbir kehidupan insan.

Tuesday, September 29, 2009

**KeDuDuKaN HuKuM LeLaKi M'BeRi & M'JaWaB SaLaM PeReMpuaN**

Sunat bagi perempuan memberi salam kepada sesama perempuan dan wajib ke atas yang diberi salam menjawab salam tersebut sebagaimana keadaan hukumnya antara lelaki dengan lelaki memberi dan menjawab salam.

Jika perempuan itu adalah isteri kepada lelaki tersebut atau mahramnya, maka kedudukannya sama seperti keadaan lelaki memberi dan menjawab salam dengan sesama lelaki, iaitu sunat salah seorang daripada mereka memulai memberi salam dan salah seorang lagi wajib menjawab salam tersebut.

Jika perempuan itu adalah orang asing (ajnabiyah) bagi lelaki tersebut, apatah lagi perempuan itu tergolong dalam kategori perempuan yang cantik yang ditakuti menimbulkan fitnah, maka makruh lelaki itu memberi salam kepada perempuan seperti ini. Jika dia(lelaki) memberi salam juga, haram bagi perempuan itu menjawab salam tersebut. Begitu juga bagi perempuan haram memberi salam kepada lelaki dan jika dia(perempuan) memberi salam juga, makruh bagi lelaki menjawab salam tersebut.

Jika perempuan yang ajnabiyah itu pula adalah perempuan yang sudah tua, sekira-kira tidak menimbulkan fitnah, maka boleh(sunat) perempuan itu memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki itu menjawab salamnya, begitu juga hukumnya salam lelaki kepada perempuan tersebut.

Adapun jika perempuan itu yang terdiri dari bilangan yang ramai, dibolehkan(harus) bagi seorang lelaki memberi salam kepada mereka atau sekiranya lelaki terdiri dari bilangan yang ramai, maka boleh(harus) mereka memberi salam kepada seorang perempuan, dengan syarat tidak ditakuti terjadinya fitnah, sama ada kepada lelaki atau perempuan tersebut.
Situasi yang Dimakruhkan Memberi Salam

Walaupun penyebaran salam itu sangat dituntut, akan tetapi ada tempat dan ketikanya kita dimakruhkan mengucapkannya. Adapun keadaan yang dimakruhkan itu antara lain ialah:

1. Memberi salam kepada orang yang sedang buang air. Dalam hal ini, dimakruhkan memberi salam. Sekiranya orang seperti ini diberi salam, tidak wajib ke atasnya menjawab salam tersebut.
2. Orang yang sedang tidur atau mengantuk.
3. Mengucapkan salam kepada orang yang sedang azan, iqamat dan sembahyang.
4. Orang yang makan sedang makanan berada di mulutnya. Sekiranya dia diberi salam ketika itu, maka tidak wajib ke atasnya menjawab salam itu. Akan tetapi jika dia makan tetapi tidak ada makanan dalam mulutnya, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.
5. Ketika sedang khutbah Jumaat. Imam an-Nawawi berpendapat, makruh memberi salam kepada jamaah yang hadir, kerana mereka disuruh untuk berdiam diri mendengarkan khutbah.

6. Orang yang sedang membaca al-Qur’an, menurut pendapat Imam Abu al-Hasan al-Wahidi, adalah lebih afdal tidak memberi salam kepadanya. Jika dia diberi salam, cukup baginya menjawab dengan isyarat. Akan tetapi jika dijawabnya dengan lisan, sambungan bacaan al-Qur’annya dimulai lagi dengan Isti‘adzah
7. Makruh memberi salam kepada orang yang membaca talbiah ketika berihram, kerana memutuskan talbiah itu adalah makruh. Tetapi jika dia diberi salam, maka dijawabnya salam itu dengan lisan (bukan dengan isyarat).
8. Makruh juga hukumnya jika seseorang itu memberi salam dengan mengatakan ‘alaikassalam’ sungguhpun begitu, wajib dijawab salam tersebut, kerana ianya termasuk dalam kategori salam, sepertimana yang diriwayatkan daripada Abu Jurai al-Hujaimi Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku telah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu aku berkata : Ya Rasulullah! Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jangan awak katakan “alaikassalam” kerana sesungguhnya ucapan “alaikassalam” itu adalah salam untuk orang-orang yang telah mati.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Termizi)

9. Makruh memberi salam dengan isyarat, ini berdasarkan keterangan dari Jabir Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Janganlah kamu memberi salam seperti orang-orang Yahudi, kerana sesungguhnya mereka memberi salam menggunakan dengan kepala, tangan dan isyarat.”
(Hadis riwayat an-Nasa’i)
Adapun larangan ini ditujukan khas bagi sesiapa yang mampu memberi salam tetapi tidak mengucapkannya, kecuali jika ada keuzuran, seperti orang bersembahyang, bisu dan orang yang diberi salam itu jauh jaraknya sepertimana yang diriwayatkan daripada ِAsma’ Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:

Maksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melalui dalam masjid dan dalamnya terdapat sekumpulan wanita yang duduk, maka Baginda memberi isyarat salam dengan tangan Baginda.”
(Hadis riwayat at-Termizi)
10. Menentukan salam kepada seseorang atau kumpulan tertentu. Kita ditegah menentukan salam kepada seseorang yang tertentu, kerana salam bertujuan kemesraan, damai dan persaudaraan. Jika menentukan salam, ianya akan menimbulkan buruk sangka serta perasaan iri hati yang membawa kepada permusuhan.

Dari huraian ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkara memberi dan menjawab salam itu bukanlah juga mudah, kerana atas tanggapan ia sudah menjadi perkara biasa, tetapi ia mempunyai huraian dan permasalahan yang patut difahami oleh masyarakat kita.

Islam mengajarkan umatnya supaya menanamkan dalam diri dan menjadikan budaya memberi salam sebagai salah satu cara hidup bermasyarakat. Islam menyeru umatnya agar mendoakan saudaranya dengan kesejahteraan. Oleh sebab itu, untuk memupuk amalan memberi salam, kita harus menanamkan budaya memberi salam di kalangan anak-anak kita sejak kecil lagi.

Allah Subhanahu wata’ala telah mengaturkan cara salam untuk umat Islam bagi menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang penuh kedamaian, ketenteraman dan ketenangan. Dalam hubungan ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menjadikan salam itu sebagai cara penghormatan bagi ummat kita juga sebagai tanda kesejahteraan bagi orang-orang Zimmi yang ada dalam lindungan kita.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Monday, September 14, 2009

**iKTiBaR**


"Kemanisan di dunia akan memahitkan seseorang di akhirat dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang di akhirat.."


"Akan masuk syurga seseorang itu tanpa dihisab kerana menangis mengingat dosa yang telah diperbuatnya.."

Sunday, September 13, 2009

**MuSLiMaH SeJaTi, DiKaSiHi & SoLeHaH**

MUSLIMAH SEJATI
Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti. Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman. Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang. Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.
WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang. Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah SWT.
WANITA SOLEHAH
Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan. Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi. Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insyaAllah..

**KeKuaTaN WaNiTa**

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

**KeGaGaHaN WaNiTa**

Kegagahan wanita bukan pada pejal otot badan tapi pada kekuatan perasaan gagahnya wanita

1- Wanita yang telah menerima sebuah kehilangan..

2- Wanita yang tidak takut pada kemiskinan..

3- Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan..

4- Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginannya..

Kegagahan wanita terdiri di atas teguh imannya itulah bukti kesempurnaan seorang wanita.. (",)

Saturday, September 12, 2009

**PeNDaPaT NaBi saw MeNgeNai 2 JeNis MaNuSia**

Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w.sedang duduk-duduk dengan beberapa orang sahabatnya. Seketika itu juga lalu seorang hamba Allah dihadapan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. pun bertanya: "Apakah pendapat kamu terhadap orang itu?" Mereka menjawab: "Ya, Rasulullah , dia berketurunan bangsawan. Demi Allah, kalau dia melamar seorang perempuan dari kaum bangsawan juga, lamarannya sudah tentu tidak akan ditolak. Kalau dia menganjurkan sesuatu perkahwinan, perkahwinan itu akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak."

Nabi Muhammad s.a.w. tidak berkata apa-apa. Sebentar kemudian lagi seorang hamba Allah telah lalu dihadapan mereka, lalu Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula mengenai orang itu. Kata mereka:" Dia seorang Islam yang miskin. Kalau pun dia bertunang dengan seorang perempuan, peluangnya untuk mengahwini perempuan itu sudah tentu tipis. Kalau dia menganjurkan sesuatu perkahwinan, anjurannya itu akan gagal. Kalau dia bercakap tidak ada orang yang akan mendengarnya." Nabi Muhammad s.a.w. berkata:" Orang yang kedua itu lebih baik daripada orang yang pertama."
Allah s.w.t. tidak memandang akan keturunan seseorang. Seorang Islam yang miskin, yang hina dina dan dipandang rendah oleh insan semuanya itu lebih dekat dengan Allah s.w.t. daripada beratus-ratus orang yang kononnya bangsawan dan yang dimuliakan serta dijilat-jilat oleh manusia lain.

**KeSeDeRHaNaaN NaBi SAW**

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:"Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin." Baginda s.a.w. pernah berkata:"Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku hendak menukarkan bukit-bukau diMekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan ku kepadaNya sambil berkata:"Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."

**16 WaKTu DoA DiMaQBuL**

#MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
#MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
#MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
#MALAM 10 MUHAMRRAM
#MALAM NISFU SYA'ABAN
#MALAM 'LAILATUL QADAR'
#MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
#KETIKA HENDAK BERBUKA
#ANTARA AZAN DAN IQAMAH
#PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
#SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
#ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
#SELEPAS KHATAM AL-QURAN
#KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
#SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
#SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

**RaBiaTuL 'AdaWiYaH**

Lahirnya pd kurun ke2 hijrah. Dipinggiran terpencil Kota Basrah. Sejarah telah menukilkan langkahnya. Menuju Allah bermula dgn payah. Kemiskinan keluarganya terlalu mencengkam. Menjadikan dia hampir tenggelam. Dialah gadis yg bernama Rabiatul Adawiyah. Takdir mengatasi takdir. Ketika tiba-tiba pintu hidayah terbuka dia menjadi tersentak. Kembara cintanya pun bermula. Dari gelap dia menuju cahaya. Bukan kerana pahala tetapi kerana cinta di kedinginan malam dia berkata "Tuhanku..bintang-bintang telah menjelma indah. Mata manusia terlena sudah. Ketika semua pintu telah tertutup. Tatkala unggas malam sahut menyahut. Dan inilah aku..inilah aku..duduk dihadapanMu mengadu cintaku. Yang selalu terganggu. Mengintai kasihMu diperdu rindu.." Demikian rintihan hati Rabiatul Adawiyah. Lalu ditemuinya keindahan & ketenangan. Di hamparan kasih sayang Tuhan "Ya Allah...ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa, ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri, ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmat-Mu, ini wajahku yang menghadapMu dengan rasa kehinaan..air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai saksi di akhirat..Bahawa aku pernah merintih keampunan daripadaMu. Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik di Padang Mahsyar..Sesungguhnya tidak tertanggung oleh ku akannya. Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai pemberat ketika amalanku ditimbang. Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam nerakaMu..Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri. Tuhan..Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan dgn sempurna kepadaMu..kerana kebaikanku telah ditembusi kejahatanku..Melainkan hanya ini sebagai harapan..air mata penyesalan, sujud seorang hamba, tangan yang sentiasa mengharap rahmatMu dan wajah yang malu memandangMu. Meskipun rayuan setinggi gunung, namun..kesangsian datang dicelah harapan. Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata penyesalan Nabi Adam selama 200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai? Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al Qarni yang merintih hingga dini hari? Apakah tanganku ini menadah serta bermohon sperti tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi? Apakah wajahku yang menghadapMu ini seperti Rabiatul Adawiyah yang menghadapMu dengan rasa kehinaan? Ya Allah..datangkanlah kegentaran di dada ini untuk menghadapMu..

**GaNJaRaN PuAsA eNaM**

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.
Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.
Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud:
“Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”
Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”
Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.
Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’
Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.
Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.
Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.
Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.
Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.
Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’
Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.
Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.
Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.
Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.
Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.
Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.
Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

**MeRaWaT KePeDiHaN HaTi**

Kaum Hawa yang dikasihi,

Seandainya kita hidup di dunia ini dalam kesedihan dan duka lara penuh nestapa, gagal merawat hati yang luka, maka kita sebenarnya mencipta kesengsaraan sendiri. Kita yang memilih untuk hidup begitu. Kesannya, bukan sahaja kita tertekan mental dan fizikal tetapi turut merosakkan kesihatan diri.
Memikirkan kesedihan sahaja sebenarnya telah memutasikan sel-sel tubuh kita apatah lagi seandainya kita membiarkan diri kita larut dalam duka nestapa, kesannya jauh lebih hebat dalam memburukkan kesihatan diri.
Setiap hari adalah hari baru.
Usah bandingkan dengan hari-hari sebelumnya, usah ungkit balik perkara yang berlaku, masalah yang dah berlaku pada hari-hari sebelumnya kerana apa yang dah berlalu, tetap sudah berlalu.
Justeru, cantaslah kesedihan yang cuba menerpa dalam hati, usah sekali-kali dibenarkan ia bertapak dan meresap ke dalam jiwa.

**LeLaKi iDaMaN..??**

Seorang lelaki yang ku idamkan ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta

Buta, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha

Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah

Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia dan seumpamanya

Biarlah dia seorang bisu

Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan

Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran

Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran

Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang ku idamkan ialah seorang yg bakhil

Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya

Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya

Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya

Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya

Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya

Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH

Kembali megah di muka bumi..

Lelaki yang ku idamkan adalah seorang yang papa

Papa dalam melakukan perkara maksiat

Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan bermanfaat

Papa memiliki akhlak mazmumah

Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia

Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya

Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri

Dia mahu menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Maha Esa..
Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Friday, September 11, 2009

**LaiLaTuL QaDaR**

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman.
“Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.
“Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui” [Ad-Dukhan : 3-6]

2. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada tanggal malam 21,23,25,27,29 dan akhir malam bulan Ramadhan. [1]
Imam Syafi’i berkata : “Menurut pemahamanku. wallahu ‘alam, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau : “Apakah kami mencarinya di malam ini?”, beliau menjawab : “Carilah di malam tersebut” [Sebagaimana dinukil Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/386]
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadits Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda.
“Artinya : Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” [Hadits Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]
Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat dari Ibnu Umar, (dia berkata) : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/221 dan Muslim 1165]
Ini menafsirkan sabdanya.
“Artinya : Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir” [Lihat Maraji' tadi]
Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ke luar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda.
“Artinya : Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Lailatul Qadar, tapi ada dua orang berdebat hingga tidak bisa lagi diketahui kapannya; mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 29. 27. 25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan dan lima)” [Hadits Riwayat Bukhari 4/232]
Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan, di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan dari pada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah, dengan ini cocoklah hadits-hadits tersebut tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisah.

Kesimpulannya
Jika seorang muslim mencari malam lailatul Qadar carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir : 21, 23,25,27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25,27 dan 29. Wallahu ‘alam

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar.?

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala-Nya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Barang siapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” [Hadits Riwayat Bukhari 4/217 dan Muslim 759]
Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah Radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata : “Aku bertanya, “Ya Rasulullah ! Apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan ?” Beliau menjawab, “Ucapkanlah :
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul afwa fa’fu’annii“
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku” [2]
Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaati-Nya- engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan shalat) pada sepuluh malam terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada isterimu dan keluargamu untuk itu, perbanyaklah perbuatan ketaatan.
Dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha.
“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencanngkan kainnya[3] menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/233 dan Muslim 1174]
Juga dari Aisyah, (dia berkata) :
“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” [Hadits Riwayat Muslim 1174]

4. Tanda-Tandanya

Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu degan ruh dari-Nya dan membantu dengan pertolongan-Nya- sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.
Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.
“Artinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” [4]
Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]