Wednesday, September 2, 2009

**iLMu PeRBaNDinGaN aGaMa aDaLaH SuNNaH**

Allah berfirman dalam surah Yunus ayat 94, “Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu.”

Menurut Syeikh Muhammad Izzat al-Tahtawi seorang pakar perbandingan agama negara Syria dalam kitab al-Mizan Fi Muqaranah al-Adyan cetakan Darul Salam Syria, beliau berkata ayat di atas adalah dalil ataupun bukti bahawa ilmu perbandingan agama termasuk dalam ilmu-ilmu Islam. Ayat di atas secara jelas menyatakan kebenaran serta keunggulan Islam apabila dibandingkan dengan keseluruhan agama yang wujud di dunia, khususnya kepada Ahlu Kitab.(Seperti yang dikemukakan oleh Muhammad Amin Yaacob).

Usaha untuk membandingkan satu agama dengan agama lain, sebenarnya telah dilakukan sejak zaman para Sahabat lagi. Perkara ini dibuktikan dalam sebuah riwayat dimana Saidina Umar al-Khatab berjumpa dengan orang Yahudi yang sedang mempelajari Taurat. Kemudian beliau berkata, “Sesungguhnya aku datang hanyalah untuk membandingkan kitab Allah yang satu ini dengan yang lainnya". (Riwayat ini dari Abu Syaikh al-isbahani, dan dia berkata: Abu Yahya al-Razi menceritakan kepada kami, Sahl bin Uthman menceritakan kepada kami, Ali bin Mashar menceritakan kepada kami, dari Abu Daud dari al-Sya’bi. Sanad ini direkodkan oleh Imam Ibnu Qoyim dalam kitab Hidayatul Hayafari fi Ajwibatil Yahud wa Nasara).

1 comment:

nurkasih said...

"sesungguhnya agama yg hanya diredhai oleh Allah adalah Islam", dan Alhamdulillah kita sdg berada di landasan yg betul menuju ke alam ahirat yg kekal abadi, maka peliharalah agama kita dgn sebaik2nya.