Tuesday, September 1, 2009

**Ke ARaH PeRLaKsaNaaN uNdaNG-UndaNG JeNaYaH IsLaM**

Kepelbagaian pemakaian dan kaedah undang-undang Islam yang dipakai dan ditadbirkan di Mahkamah Syariah bagi setiap negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan menimbulkan kesulitan yang ketara kearah penyelarasan satu sisten Pentadbiran Perundangan dan Kehakiman Islam.

Kerumitan-kerumitan inilah yang mendasari permasalahan pelaksanaan undang-undang Islam yang selaras dan seragam. Oleh itu, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah diberi mandat menangani punca-punca kebejatan persoalan ini serta merumuskan satu modul Perundangan Islam bagi diterima pakai oleh negeri-negeri di Malaysia.

Bahagian Undang-Undang

Dari segi kaedah pelaksanaan undang-undang sama ada undang-undang sivil atau undang-undang Islam, kedua-dua sistem perundangan ini mengklasifikasikan undang-undang kepada dua bahagian iaitu undang-undang substentif dan undang-undang prosedur.

Oleh kerana kedua-dua bahagian ini berjalan beriringan maka jika salah satu pincang keadilan akan tempang dan kezaliman akan berlaku. Padahal matlamat diadakan undang-undang dan peraturan adalah untuk menjaga kemaslahatan dan keadilan terhadap warga.

Kanun Jenayah Syariah

Sebagaimana sistem perundangan sivil (Inggeris),undang-undang Jenayah Islam (Kanun jenayah Syariah)boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Hukum Hudud
2. Hukum Qisas dan Kifarat;
3. Hukum Ta’zir

Pembahagian ni menjelaskan bahawa Hukum Hudud seperti selalu yang ditonjolkan dalam memahami undang-undang jenayah Islam ini, hanyalah merupakan sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam. Bagi maksud pengertian, hukum Hudud dan Qisas adalah hukuman yang ditetapkan oleh Syarak dan tiada pilihan lain (mandatory). Penetapan itu adalah ditentukan sama ada melalui Al-Quran atau as-Sunnah.

Pembahagian Hukuman Hudud adalah meliputi jenayah zina, menuduh zina (qazaf), mencuri (sariqah), merompak (hirabah), murtad dan pemberontakan (al-bughah). Hukum qisas pula memberi maksud hukuman yang dikenakan menyamai jenayah yang dilakukan . Sebagai misalan membunuh dibalas dengan bunuh atau jika mencederakan anggota akan dibalas dengan mengenakan kecederaan yang serupa pada anggota itu juga. Hukuman qisas boleh dielakkan dengan melaksanakan diat. Keadaan ini berlaku jika waris mangsa bunuh atau orang yang dicederai memaafkan kesalahannya dan diat hendahlah dibayar sebagai ganti hukuman.

Asas Syarak

Dalam kaedah fiqh yang bermaksud:

“Tidak sempurna sesuatu kewajipan itu melainkan semua perkara berhubung rapat bagi mewujudkankesempurnaan kewajipan itu juga adalah wajib.”

Pendekatan kaedah ini, menekankan bahawa dalam konteks sistem perundangan Islam di dapati mengadakan satu konsep yang dinamakan “maslahab adilan” atau dengan lima perkataan menegakkan keadilan adalah wajib, sementara memelihara kesempurnaan agar keadilan itu mencapai objektifnya juga adalah wajib.

Oleh kerana itu, langkah-langkah awal kearah pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam ialah dengan membangunkan semua perkara yang berhubung kearah kesempurnaan pelaksanaan undang-undang itu. Ini termasuklah persiapan-persiapan infrastruktur sebuah sistem kehakiman Islam yang tersusun dan bersistematik.

Tindakan yang wajar kearah itu dimulai dengan mengkaji, menilai, mengemaskini dan menyelaras undang-undang dan pentadbiran perundangan Islam yang berjalan di negeri-negeri di Malaysia dalam semua aspek yang berkaitan.

No comments: