Tuesday, September 1, 2009

**eKoNoMi; PeNTiNgNyA KeAdiLaN s0siAL**

Keadilan Sosial Adalah Asas Kepada Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

Bersandarkan kepada pendekatan Islam, satu model pembangunan ekonomi dapat dirancang untuk memajukan masyarakat di Malaysia. Pendekatan pembangunan tersebut sudah pasti seimbang dan berbentuk komprehensif dan menepati keperluan kemanusiaan. Setiap individu yang akan berusaha untuk membangun ekonomi negara turut sama diberi penekanan melalui pembinaan pandangan hidup, personaliti/sahsiah dan kemahiran semoga kesemua tenaga individu benar-benar dapat berperanan ke arah pencapaian matlamat tersebut demi memaju dirinya dan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Pendekatan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif akan dilaksana melalui semangat keadilan sosial.

Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana sesebuah negara pada mulanya dapat menyedia keperluan hidup asasi masyarakat melalui pencapaian faktor-faktor berikut:

Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam urusan kehidupan di peringkat individu clan masyarakat. Sistem pelajaran negara perlu mampu mendidik setiap generasi ke arah pencapaian matlamat tersebut.

Menaikkan taraf daya fikir serta tahap kemahiran untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta huruf dan miliki pencapaian kualiti ilmu yang munasabah untuk mereka mampu menjalankan kehidupan secara efektif mengikut keadaan perubahan masa.

Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak menyarankan pandangan dalam semangat yang beradat dan bebas semoga negara ditadbir menepati prinsip syura.

Memberi jaminan kepada kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk menentu dan melibat diri bersama dengan pihak swasta atau awam, untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi di dalam dan luar negara. Justeru itu sumber harta negara khususnya harta modal perlu sentiasa mengalir dalam sistem ekonomi untuk mencetus peluang kegiatan ekonomi untuk kesemua lapisan masyarakat berkecimpung.

Usaha membangun ekonomi dan pencapaian kejayaannya akan memberi keyakinan dan sikap optimis kepada rakyat bahawa generasi masa hadapan negara akan terus mengecapi suasana yang cemerlang. Bahkan mengikut Islam kecemerlangan adalah sesuatu yang mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa secara berterusan.

No comments: