Saturday, September 12, 2009

**RaBiaTuL 'AdaWiYaH**

Lahirnya pd kurun ke2 hijrah. Dipinggiran terpencil Kota Basrah. Sejarah telah menukilkan langkahnya. Menuju Allah bermula dgn payah. Kemiskinan keluarganya terlalu mencengkam. Menjadikan dia hampir tenggelam. Dialah gadis yg bernama Rabiatul Adawiyah. Takdir mengatasi takdir. Ketika tiba-tiba pintu hidayah terbuka dia menjadi tersentak. Kembara cintanya pun bermula. Dari gelap dia menuju cahaya. Bukan kerana pahala tetapi kerana cinta di kedinginan malam dia berkata "Tuhanku..bintang-bintang telah menjelma indah. Mata manusia terlena sudah. Ketika semua pintu telah tertutup. Tatkala unggas malam sahut menyahut. Dan inilah aku..inilah aku..duduk dihadapanMu mengadu cintaku. Yang selalu terganggu. Mengintai kasihMu diperdu rindu.." Demikian rintihan hati Rabiatul Adawiyah. Lalu ditemuinya keindahan & ketenangan. Di hamparan kasih sayang Tuhan "Ya Allah...ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa, ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri, ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmat-Mu, ini wajahku yang menghadapMu dengan rasa kehinaan..air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai saksi di akhirat..Bahawa aku pernah merintih keampunan daripadaMu. Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik di Padang Mahsyar..Sesungguhnya tidak tertanggung oleh ku akannya. Jadikanlah air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai pemberat ketika amalanku ditimbang. Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila air mataku, sujudku, tanganku dan wajahku ini sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam nerakaMu..Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri. Tuhan..Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan dgn sempurna kepadaMu..kerana kebaikanku telah ditembusi kejahatanku..Melainkan hanya ini sebagai harapan..air mata penyesalan, sujud seorang hamba, tangan yang sentiasa mengharap rahmatMu dan wajah yang malu memandangMu. Meskipun rayuan setinggi gunung, namun..kesangsian datang dicelah harapan. Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata penyesalan Nabi Adam selama 200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai? Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al Qarni yang merintih hingga dini hari? Apakah tanganku ini menadah serta bermohon sperti tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi? Apakah wajahku yang menghadapMu ini seperti Rabiatul Adawiyah yang menghadapMu dengan rasa kehinaan? Ya Allah..datangkanlah kegentaran di dada ini untuk menghadapMu..

2 comments:

nurkasih said...

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsana-Mu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari-Mu, Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

nurkasih said...

Pernah pd suatu hari beberapa orang salih datang berziarah ke rumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab di antara Rabiah dgn tetamu itu, berkenaan dgn masalah menyembah Allah. Salah seorang dr mereka ditanya Rabiah:

"mengapa anda menyembah Allah?" tanya Rabiah

"Kerana saya takut akan api neraka." jawab orang itu.

"mengapa anda menyembah Allah?" Rabiah bertanya pula kepada tetamu yg lain.

"saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurga-Nya" jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang dan kemudian berkata:

"alangkah buruknya seorang hamba itu yg menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!"

Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

"Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, apakah kamu tidak menyembah Allah?"