Thursday, October 8, 2009

**SiaPaKaH AnDa..??**

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambilberkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

2 comments:

nurkasih said...

Itulah, pentingnya utk kita bermuhasabah diri, terima kasih.

nurkasih said...

Siapakah Anda?

Tidak ade manusia yg sempurna di atas muka bumi ini, melainkan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W., kerana selain drpdnya, kita semua memiliki kelemahan dan kekurangan yg tersendiri. Justeru itu, marilah kita sama2 merenung dan mengkaji di mana kedudukan kita sekarang ini;

1. Ade orang, dia boleh kalahkan syaitan, akan tetapi tunduk pd nafsu. (org ini solat x pernah tinggal, puasa penuh, tetapi buat maksiat, tidak menjaga batas2 pergaulan, mata dan kemaluannya.)

2. Ade orang, dia boleh menundukkan nafsunya, akan tetapi tewas pd hasutan syaitan. (org ini x buat maksiat, pandai mengawal nafsu, x bercouple, tetapi x pakai tudung, malas solat dan x baca Quran)

3. Ade orang, hubungan dgn Allah baik, tapi hubungan dgn manusia tiada. (org ini selalu ke masjid, solat berjemaah, tetapi sombong, x bergaul dgn manusia dan tidak bertegur sapa sesame jiran.)

4. Ade orang, hubungan dgn manusia bagus, tapi hubungan dgn Allah hancur. (org ini malas solat, x kenal pun masjid kecuali hari jumaat, tetapi ade ramai kwn2, ramai pengaruh, sbb pandai ambil hati)

5. Ade orang, cintakan dunia, tetapi abaikan akhirat. (org ini rajin bekerja, x penat cari duit, ade rumah besar, kereta besar, tetapi kurang amalnya, selalu melengah2kan solat dan lupe masjid.)

6. Ade orang, cintakan akhirat, tetapi abaikan dunia. (org ini pagi petang siang malam asyik duduk di masjid je, Alhamdulillah, tetapi malas bekerja, isteri dan anak2 terbiar di rumah kelaparan.)

7. Ade orang, ade ilmu, tapi x beramal. (org ini mengaji tinggi, sekolah agama, hafal Quran, tetapi bila dah dewasa x pakai tudung, pakai ketat2, keluar tgk wayang, bercouple dan lain2.)

8. Ade orang, selalu beramal, tapi x berilmu. (org ini suke bersedekah, tolong orang, dan menjaga ibubapanya, tetapi dia x pandai baca Quran, x pernah sekolah agama dan sekolah setakat SRP je.)

9. Ade orang, bijaksana, akan tetapi tidak beretika. (org ini belajar sampai PHD, tapi tutur katanya x sopan, sombong, suke tengking2 org, buang sampah merata2 dan suke hisap rokok.)

10. Ade orang, x sekolah, tp tinggi nilai budi pekertinya. (org ini sopan santun tutur katanya, merendah diri dan mudah tersenyum, tapi x pernah pegi sekolah) – mcm cerita drama TV1 “bicara aur dgn tebing”

Jadi, drpd ape yg tercatit di atas, di manakah kedudukan kita yg sebenarnya? Terimalah teman, sahabat, dan saudara kita seadanya, kerana mungkin ape yg ade padanya, tiada pd kita, dan ape yg ade pd kita, tiada padanya……. ( coz there’s nobody is perfect )