2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'. Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'. Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini'.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'. Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini' Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'. Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat' Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Dalil utk kita berwudhu':
"Wahai orang-orang yg beriman, apabila kamu akan mendirikan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah)kaki- kaki kamu sehingga ke dua mata kaki" (Al Maaidah, ayat 6)
1 comment:
Allah bagi byk peluang pada kita untuk merebut pahala.. tapi kita buat sekadar sebab ia wajib.. wudhuk tu perlu jika nk solat..jadi kita berwudhuk..kita tak pernah tengok apa yg disebalik ibadat kita..(kata seorang ustaz sy,mase sy mgaji skola mnengah dulu)
itu jadi bila islam sebagai tradisi..bukan sebagai agama..
Post a Comment