“Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua. Kami berlindung kepadaMu dari setiap rasa takut yang datang, hanya kepadaMu kami bersandar dan bertawakal, hanya kepadaMu kami memohon, dan hanya dariMu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong”
Showing posts with label Anything. Show all posts
Showing posts with label Anything. Show all posts
Sunday, December 5, 2010
** HaDiTh **
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda , 3 sifat yang barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman, Pertama, mereka yang mencintai Allah dan Rasul lebih dari segala sesuatu. Kedua, Tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah . Ketiga, seorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan kedalan api. ( H.R Bukhari )
Rugilah jika selama kita menjadi seorang Muslim, kita masih belum pernah merasai kemanisan iman...الله ربنا ،وأنا عبدك....
Sunday, September 5, 2010
**JiKa..**
Jika merasa banyak solatmu, sedarlah ramainya lebih darimu; Jika terasa awal ke peribadatanmu, sedari lewatmu berbanding yg telah memulakan; Jika kamu merasa khusyuk, fahami berjuta insan yg lebih lama khsusyuknya darimu; Jika merasa lewat meninggalkan peribadatanmu, pandanglah mereka yg masih beribadat sedang kamu beransur. Jika kamu merasa sedikit dosamu, itulah tanda hati sedang dijangkiti penyakit NIFAQ.
Monday, August 30, 2010
**SeDaRLaH**
Sedarlah rezekimu tidak akan dimakan orang lain, maka hatimu tenteram.
Sedarlah amalmu tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka sibuklah mengerjakannya.
Sedarlah kematian itu datang tiba-tiba, maka bersiap-siaplah menghadapinya.
Sedarlah hartamu tiada kekal, maka jangan diizin ia terikat dihati.
Sedarlah tiada yang lepas dari penglihatan Allah, maka malulah kepadaNya sentiasa.

Thursday, August 26, 2010
**WaHai HaMbA ALLAH S.W.T**
Wahai hamba yang melakukan maksiat dan dosa, kembalilah kepada Tuhannmu!
Wahai hamba yang masih lalai, kembalilah kepada Tuhanmu!
Wahai hamba yang lari dari Robb (Tuhan Penciptanya), kembalilah kepada-Nya!
Tuhanmu memanggilmu malam dan siang sambil berkata padamu :
Siapa yang datang dan mendekatkan diri kepada-Ku satu jengkal, maka aku akan mendekat padanya satu hasta…
Siapa yang mendekatkan diri pada-Ku satu hasta, maka aku akan mendekat kepadanya satu depa…
Siapa yang datang padaku sambil berjalan, maka Aku akan datang padanya sambil berlari…
Semoga Allah melunakkan hati kita untuk taubat dan segera kembali kepada-Nya… Amin..

Friday, March 5, 2010
**QaNa'aH**
"Qana'ah itu umpama harta yang tidak habis dan perbendaharaan yang tidak susut"
(Riwayat Tabrani)
"Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah s.w.t akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah s.w.t akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan sahaja"
(Riwayat Tarmizi)
Subscribe to:
Posts (Atom)