Wednesday, July 15, 2009

20 Perkara JANGAN...

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH..
1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita
3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan
4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan
5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan
7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan
8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan
9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya
11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa
12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia
14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula
15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita
16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita
18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya

2 comments:

nurkasih said...

Ade beberapa perkara lg yg ana mahu tambah, yg kita selalu terlepas pandang dan menjadi kebiasaan:

21. Jgn suka menghisap rokok, kerana ulama telah bersepakat mengatakan bahawa rokok itu adalah HARAM hukumnya. Cube kita bygkan, ditakdirkan kita dimasukkan ke dlm syurga nnt, alhamdulillah, akan tetapi kita teringin lg nk hisap rokok, malaikat pula berkata, maaf di syurga nie xde api, kalau nk api pergilah kamu ke neraka utk hisap rokok!

22. Jgn suka membuang sampah di merata2 tempat walaupun sekecil2 tiket bas, ini kerana bukan shj org ramai akan marah, tp ALLAH pun marah sbb Dia dh hadiahkan bumi nie cantik2 utk kita, tp kita plak buang sampah!

23. Jgn bercakap semasa di dlm tandas, krn tandas itu rumah bg syaitan2. Ramai org yg apabila ade panggilan telefon, mereka angkat telefon tersebut, siap jwb salam pulak tue, subhanallah! walaupun semasa membuang air, mungkin mereka nie jahil.

24. Jgn terlalu byk bercakap, lebihkan berdiam diri, kerana takut2 kalau kita byk berckp, byk yg palsu dr yg benar, takut juga kalau2 kita terbuka aib org tanpa disedari(mengumpat).

25. And lastly, juga psl "berckp". Kali nie pula, jgn berckp semasa sdg makan atau minum. Ini kerana ade terdapat hadis yg mengatakan perbuatan berckp semasa makan atau minum itu adalah perbuatan syaitan.

nurkasih said...

Maaf, sedikit pembetulan mengenai no.25

Hadis itu menyebutkan ttg larangan makan atau minum sambil berdiri, kerana perbuatan makan dan minum sambil berdiri ini adalah perlakuan syaitan. Akan tetapi tidak digalakkan juga berckp2 semasa makan atau minum, krn ianya boleh memudaratkan diri sendiri, seperti tercekik.

Juga terdapat pertambahan bg no.23

iaitu dilarang untuk membuang air kecil sambil berdiri, kerana ianya akan mengotori pakaian kita tanpa kita sedari, dan pakaian yg telah terkena najis, adalah tidak sah utk dibawa utk bersolat. Akan tetapi, yg malangnya, kita dpt lihat sendiri ade juga pakcik2 yg memakai kopiah, berhenti di R&R, utk pergi ke tandas, akan tetapi mereka ini membuang air kecil sambil berdiri, sukar utk dibendung masalah ini jika tidak dgn ilmu.